Tahun ni citer raya Qurban mmg sedih cikit sbb ntah knp aku tak rasa nk beraya. Yelah, mmg le raya ni raya utk yg menunaikan haji dan buat korban.. tp selalunya aku dpt rasa mood raya tu. Kali ni bangun je tidur, aku rasa biasa2 jer. Nothing. Mmg le a ku keja kemarin tp selalunya aku menyibuk jg beli kuih raya ke.. beli lemang ke... Jgn tak pecaya... kuih dlm balang cuma sisa2 kuih raya hr tu... hehehe... Lemang? Ketupat? Nasi himpit? Open house? In your dream le this year.
Aktiviti pagi raya..... kemas rumah, sapu sampah, mop lantai.... Lps tu melepak d bilik, jahit 'baju' raya utk hp kesayanganku (nk jahit baju sendiri tak brp reti...hehehe..). Nk tgk hasil kerastanganku? Sila le ke SINI. Anak2 & MCA? Waduh, yg lelaki... berbaju melayu, yg pompuan sorang tu berjubah raya. Aku? Jgn mare. Sgt anggun gitu. Berkain batik & berkemeja pijama tido. Mmg ayu...
Menu pagi raya... bihun goreng & Maggi sbb nasi tak masak hr ni... (mmg bkn ibu mithali...)
Aktiviti tghari ke ptg raya.... sepatutnya p Alor Setar. Ingatkn nak menziarah mak Lang. Kesian mak lang... rmh dia kena jgk tempias banjir hr tu... Nk ke rmh ayahanda & bonda tersayang tidak mungkin dlm agenda sbb mak & abah di rmh my sis, kak Na di Kajang. Kena le berkorban sbb mak pi sana nk berubat. Lg pun cuti raya Haji ni kejap je. Di Kedah ni sambutan raya Aidil Adha ni kira besar2an gak kecuali thn ni d rmh mak & abah... sbb takde org. Tp agenda ke Alor Setar tak kesampaian jua sbb kami ke rmh maksu. Nk jln jauh (walaupun ada keta)...tak larat. Pegi yg dekat je lah. Lg pun hujan. Kang banjir..stranded.... baru padan muka kami..(mmg dh padan pon muka ni)
Aktiviti di rmh maksu... mcm biasa.. acara mkn. Smpai jer dah terasa mood raya. Kuih raya dlm balang... tetamu2 Julia(sepupuku) penuh ruang tamu.... bihun sup terhidang.... air grape kaler purple.... baru le aku rasa raya. Tima kacih maksu. You are my saviour. Lps melantak kami semua beraya di.....TESCO... hehehe....
Tahu tak betapa ramai manusia yg menziarah & beraya di Tesco hari ni..... Siap berbaju melayu & berbaju kurung... kecuali aku yg berblaus hitam, berseluar biru gelap, bertudung hitam...(mcm berkabung le pulak). Melantak lg di sana & shopping cikit. Jgn risau... kami pegi Tesco tp tak masuk pon Tesco... Buang duit di Popular jer...
Aktiviti malam.... blogging le... apa lg. Anak2 dh tido. MCA menonton TV (tgk program di Astro Arena...) & berakhir dgn TV tgk dia pulak...hihihi...
Lps ujan mmg sejuk bangat nih... Jd sebelum aku merehatkan diriku... aku sekali lg nak ambik kesempatan ni mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!
HAYATILAH KATA2 DI BAWAH INI....
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
CITER HARI GURU 2014!
9 years ago